Home Pasaran Prestasi Hambar Pasaran Serantau Heret Turun Bursa Malaysia
Pasaran

Prestasi Hambar Pasaran Serantau Heret Turun Bursa Malaysia

Prestasi Hambar Pasaran Serantau Heret Turun Bursa Malaysia

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 7 April(Livevartha) — Bursa Malaysia terus diasak tekanan prestasi suram pasaran serantau serta kebimbangan berlakunya perang dagangan global yang menyaksikan indeks petunjuk utamasusut 4.01 peratus pada akhir dagangan hari ini.

Penyusutan ketara di Indeks Hang Seng Hong Kong yang merosot13.22 peratus untuk ditutup pada paras 19,828.30 manakala Nikkei 225 Jepun turun 7.83 peratus kepada31,136.58, Indeks Straits Times Singapura menguncup7.66 peratus kepada3,532.80 dan Kospi Korea Selatan kehilangan 5.57 peratus kepada2,328.20.

Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 60.34 mata kepada 1,443.80 daripada 1,504.14 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Indeks penanda aras itu memulakan dagangan dengan menguncup28.83 mata kepada 1,475.31 yang juga paras tertinggi hari ini sebelum menyusut ke paras serendah 1,419.05 pada sesi tengah hari.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu1,296 berbanding122 manakala 170 kaunter tidak berubah, 771 tidak diniagakan manakala 19 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan melonjak kepada5.35 bilion unit bernilaiRM4.67 bilion daripada 1.81 bilion unit bernilaiRM1.89 bilion, Jumaat lepas.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen risiko global tercetus apabila peserta pasaran memberi reaksi balas terhadap pendirian Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memperluaskan cengkaman tarifnya, sekali gusmenimbulkan kebimbangan berlakunyagangguan perdagangan di peringkat global.

“Tekanan jualan kian ketara di serataAsiadengan penurunan mendadak di Jepun, China dan Hong Kong selain turut mengheret turun pasaran Korea Selatan, Singapura dan Australia.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Mewah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini...

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana
Pasaran

Ringgit Ditutup Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Dirangsang Permintaan Sederhana

Ringgit Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 15 Mei (Livevartha) –Ringgit...