Home Pasaran Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Rabu susulan tekanan jualan bagi saham perkhidmatan kewangan dan perladangan terpilih, di tengah-tengahekuiti Amerika Syarikat (AS) terus berdepan ketidaktentuan berikutan kemungkinan berlakunya kemelesetan di negara maju itu.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut28.42 mata atau1.87peratus kepada1,491.73 daripada 1,520.15.

Indeks petunjuk utama itu yang dibuka susut 15.44 mata kepada 1,504.71, juga turun naik dalam julat 1,490.76 hingga 1,505.33 dalam sesi dagangan pagi ini.

Sentimen pasaran lemah dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu558 berbanding 269 manakala 413 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,149 tidak diniagakan dan tujuh lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak1.60 bilion saham bernilai RM1.21bilion.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata ekuiti AS jatuh dan memasuki wilayah negatif di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang meruncing selepasPresiden Donald Trump mengumumkan tarif 50 peratus ke atas import keluli dan aluminium Kanada.

Pasaran bon negara memberi reaksi dengan peningkatan kecil hasil Perbendaharaan 10 tahun AS pada 4.28 peratus danhasil dua tahun di paras terendah sejak Oktober 2024 manakala pihak Rizab Persekutuan AS dijangka melaksanakan dua hingga tiga kali penurunan kadar faedah.

“Ekuiti global turut mendapat tempiasnya apabilapasaran Jepun diasak tekanan berikutan ketidakpastian mengenai potensi tarif AS ke atas keretamanakala bursa Eropah merosot dengan kerugian terutamanya dalam sektor pelancongan, riadah dan penjagaan kesihatan,”katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Rundingan Perdagangan AS-China Diteruskan
Pasaran

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 12 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 11 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dua Hari Berturut-turut

Oleh K Naveen Prabu & Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 11 Jun(Livevartha) –Kontrak...