Home Pasaran Petunjuk Yang Lemah, Sentimen Berhati-hati Dorong Pasaran Getah Ditutup Rendah
Pasaran

Petunjuk Yang Lemah, Sentimen Berhati-hati Dorong Pasaran Getah Ditutup Rendah

Petunjuk Yang Lemah, Sentimen Berhati-hati Dorong Pasaran Getah Ditutup Rendah

–Arkib fotoLivevartha

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Okt(Livevartha) –Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah padaSelasa susulan petunjuk yang lemah daripada pasaran hadapan getah serantau dan sentimen berhati-hati dalam pasaran global, kata seorang peniaga.

Selain itu, kebimbangan mengenai pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang akan datang dan prospek kadar faedah AS merupakan faktor penting yang mempengaruhi dinamik pasaran, katanya kepada Livevartha.

Dilaporkan ekuiti Asia diniagakan dalam julat sempit padaSelasa, ketika peniaga bersedia untuk pilihan raya AS dan petunjuk data ekonomi utama yang akan menetapkan tahap untuk Rizab Persekutuan (Fed) membuat keputusan yang seterusnya.

“Namun begitu, penurunan seterusnya dihadkan oleh pemulihan penanda aras harga minyak mentah dan ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS,” kata peniaga itu.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM20) susut 5.5 sen kepada 863.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun tiga sen kepada 745.50 sen sekilogram.

Pada 5 petang, GMM20 berada pada 860.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 744.0 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...