Home Pasaran Permintaan Suram, Kontrak Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
Pasaran

Permintaan Suram, Kontrak Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Permintaan Suram, Kontrak Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Kredit: MPOC

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives susut pada akhir dagangan Isnin, diheret turun oleh kelemahan prestasi minyak soya dan permintaan yang suram, kata penganalisis.

Peniaga Minyak SawitDavid Ng berkata aktiviti pengambilan untung susulan peningkatan ketara sebelum ini, juga menjejaskan lagi sentimen pasaran.

“Berikutan itu, kami menjangkakan harga pada paras sokonganRM4,500 satu tan manakala rintangan pada RM4,650 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Seorang penganalisis lain berkata pengeluaran minyak sawit berkemungkinan terus terjejas pada Februari berikutankekurangan pekerja manakala jangkaan pengeluaran lebih rendah ketika Ramadan akan memberi sokongan terhadap sentimen pasaran.

Pada akhir dagangan hari ini, kontrak Mac 2025 merosot RM105 kepada RM4,731 satu tan, April 2025 susut RM103 kepada RM4,659 satu tan manakala Mei 2025 berkurangan RM105 kepada RM4,559 satu tan.

Kontrak Jun 2025 pula menguncup RM102 kepada RM4,446 satu tan, Julai 2025 berkurangan RM101 kepada RM4,340 satu tan manakala Ogos 2025 susut RM98 kepada RM4,269 satu tan.

Selain itu, jumlah dagangan berkurangan kepada46,796 lot berbanding 97,093 lot pada Jumaat lepas dan kepentingan terbuka meningkat kepada 244,880 kontrak daripada 243,818 kontrak pada minggu lepas.

Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan susut RM100 kepada RM4,800 satu tan.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 14 Jun (Livevartha) — Pasaran getah tempatan...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Indeks utama Bursa...