Home Pasaran Perang Perdagangan: Niaga Hadapan Emas Melonjak Selepas Permintaan Meningkat
Pasaran

Perang Perdagangan: Niaga Hadapan Emas Melonjak Selepas Permintaan Meningkat

Perang Perdagangan: Niaga Hadapan Emas Melonjak Selepas Permintaan Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 10 April (Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutuplebih tinggi selaras dengan keuntungan di Comex berikutan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang semakin memanas mula meningkatkan minat membeli.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata emas melonjak 3.3 peratus semalamanuntuk ditutup pada US$ 3,082 di Comex, menandakan keuntungan satu hari terbesarnya sejak 2023.

Pengukuhan itumemacu emas menghampiri rekod tertinggi, yang kini diniagakan sekitar US$3,120.

"Peralihan dalam sentimen pelabur menunjukkan bahawa emas kini didorong oleh kebimbangan mengenai penurunan nilai mata wang fiat berbanding penjualan secara besar-besaran bagi menutup kerugian di pasaran lain," katanya kepada Livevartha.

Pada penutup hari ini, April 2025 naik kepada US$3,119.40 setiap auns troy daripada US$3,056.70 setiap auns troy semalam, manakala Mei 2025 adalah lebih tinggi pada US$3,129.80 setiap auns troy berbanding US$3,077.20 setiap auns troy sebelum ini.

Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos 2025 kesemuanya menokok kepada US$3,142.20 setiap auns troy daripada US$3,077.20 setiap auns troy.

Jumlah dagangan bertambah kepada 653 lot berbanding 552 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 697 kontrak daripada 586 kontrak.

Berdasarkan penetapan tengah hari 9 April. London Bullion Market Association, emas fizikal berada pada US$3,075.50 setiap auns troy.

Related Articles

Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Tinggi

Gambar Fail Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 24 April(Livevartha) — Kontrak...

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Dipacu Sentimen Positif Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Dipacu Sentimen Positif Pasaran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 April(Livevartha) –Bursa Malaysia meneruskan...

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Ketika Harga Minyak Mentah Stabil
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Ketika Harga Minyak Mentah Stabil

Oleh Rosemarie Khoo KUALA LUMPUR, 24 April (Livevartha) — Pasaran getah Malaysia...

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) –Bursa Malaysia...