Home Pasaran Penangguhan Kenaikan Tarif AS Bantu Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Penangguhan Kenaikan Tarif AS Bantu Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS

Penangguhan Kenaikan Tarif AS Bantu Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini apabila penangguhan sementara kenaikan tarif olehAmerika Syarikat (AS)ke atas Mexico dan Kanadatelah merangsangpertumbuhan global, kata seorang penganalisis.

Pada6 petang, ringgit meningkat kepada4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd DrMohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penangguhan selama 30 hari pelaksanaan tarif import AS ke atas Kanada dan Mexico merupakan faktor utama yang mempengaruhi pasaran mata wang.

“Ia menunjukkan terdapat ruang untuk pihak-pihak berbincang bagi mencapai penyelesaian secara damai. Bagaimanapun, situasi masih tidak menentu memandangkan terdapatnya elemen kejutan.

“China telahpun bertindak balas dengan kenaikan tarif ke atas produk tertentu berkaitan dengan peralatan pertanian dan import tenaga dari AS. Oleh itu pasaran mata wang dijangka terus kekal tidak menentu,” katanya kepada Livevartha.

Rakan pengurusan SPI Asset ManagementStephen Innes berkata ancaman tarif dijangka berterusan pada masa depan terutamanya menjelang 1 April,tarikh akhir yang ditetapkan olehPresiden AS Donald Trump bagi kajian semula pasukan perdagangannya.

“Ini boleh membawa pendekatan yang lebih khusus sektor, dengan masa pendahuluan yang lebih lama untuk sebarang langkah-langkahbaharu.

“Walaupun beberapa hari kebelakangan ini dibayangi permainanpolitik, namun jelasbahawa pentadbiran baharu (AS) sedang merangka pelan jangka panjang yang bertujuan untuk membina semula perdagangan global yang memihak kepada Amerika,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 14 Jun (Livevartha) — Pasaran getah tempatan...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Indeks utama Bursa...