Home Pasaran Pasaran Serantau Susut, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Pasaran Serantau Susut, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Pasaran Serantau Susut, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Livevartha) — Bursa Malaysia kekal rendah setakat dagangan tengah hari Selasa, menjejaki prestasi kebanyakan pasaran serantau lain yang diasak kenaikan harga minyak mentah dunia ketika ketegangan konflik Timur Tengah terus menjejaskan sentimen, kata penganalisis.

Pada12.30 tengah hari, indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 2.60 mata atau 0.15peratus kepada1,632.69 daripada 1,635.29 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu yang dibuka susut 3.66 mata pada 1,631.63, bergerak dalam julat 1,629.22 hingga 1,633.60 sepanjang sesi dagangan awal.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu585 berbanding288 dengan 460 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,090 tidak diniagakan dan enam lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak1.89bilion unit bernilaiRM1.11bilion.

Dalam nota penyelidikannya,Malacca Securities Sdn Bhd berkata harga minyak mentah Brent meningkat lebih US$81 setong susulan ketegangan di Timur Tengah yang meruncing dan berpotensi menjejaskan bekalan minyak Teluk Parsi manakala emas di bawah US$2,650.

"Minyak sawit mentah (MSM) diniagakan hampir RM4,400 satu tan menjelang musim perayaan Deepavali,” katanya.

Firma pembrokeran itu juga percaya peniaga berkemungkinan besar menumpukan saham-saham minyak dan gas serta perladangan dalam masa terdekat ini susulan peningkatan harga minyak dan MSM.

“Selain itu, kami juga menjangkakan berlakunya aktiviti belian saham teknologi yang sederhana berikutan penurunan kecil ringgit apabila gandingan mata wang dolar AS dan ringgit (USD/MYR) pulih semula daripada RM4.11 kepada RM4.27 semalam.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha) —...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha)–Ringgit ditutup rendah berbanding...

Cuti Tahun Baru Cina Jejaskan Niaga Hadapan Emas
Pasaran

Cuti Tahun Baru Cina Jejaskan Niaga Hadapan Emas

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan...