Home Pasaran Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami pergerakan harga tidak menentu minggu depan berikutan minggu dagangan yang singkat, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh.

Menurut Teh, cuti pada minggu depan, yang menyaksikan kebanyakan peniaga antarabangsa bercuti sempena sambutan Krismas akan menyumbang kepada mudah tunai pasaran yang lebih rendah.

“Julat dagangan dijangka antara RM4,300 satu tan dan RM4,400 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata, menghampiri akhir tahun, peniaga lebih memfokuskan untuk kekal dengan kedudukan sedia ada, yang dijangka menyebabkan pasaran lebih lengang dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata pasaran MSM dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat, didorongoleh jangkaan pengeluaran yang lebih perlahan.

"Kami mengunjurkan harga akan diniagakan antara RM4,300 satu tan dan RM4,750 satu tan minggu depan," kata Ng.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak bulan semerta Januari 2025 susut RM232 kepada RM4,762 satu tan, Februari 2025 berkurangan RM335 kepada RM4,571 satu tandan Mac 2025 rendah RM383 kepada RM4,433 satu tan.

Kontrak April 2025 pula menyusut RM386 kepada RM4,303 satu tan, Mei 2025 rendah RM355 kepada RM4,207 satu tan dan Jun 2025 berada pada RM4,141 satu tan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...