Home Pasaran Pasaran Getah Tempatan Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Serantau

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Dis(Livevartha) — Pasaran getah tempatan ditutup tinggi hari ini seiring dengan aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau susulan jangkaan data ekonomi China yang bertambah baikdisokong oleh pakej rangsangan tambahan, kata seorang peniaga.

Beliau berkata pasaran juga mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak mentah dan gangguan bekalan getah asli disebabkan keadaan cuaca burukdiThailand danMalaysia.

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dihadkan oleh kekukuhan ringgit berbanding dolar AS dan dagangan lengang berikutan musim cuti akhir tahun ditambah dengan konflik geopolitik yang berlanjutan di Timur Tengah,” katanya kepada Livevartha.

Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat14sen kepada 890.5sen sekilogram manakala lateks pukal susut 1.5sen kepada694.5sen sekilogram.

Pada5 petang, hargaSMR 20 berada pada889sen sekilogram manakala lateks pukal pada 697sen sekilogram.

Sementara itu LGM berkata pasaran getah tempatan akan ditutup selama dua hari dari 31 Dis 2024 hingga 1 Jan, 2025,bersempena dengan sambutan Tahun Baharu.

Operasi pasaran akan disambung semula pada 2 Jan, Khamis, 2025.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...