Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 8 April (Livevartha) –Pasaran getah Malaysiaditutup lebih rendah padaSelasaseiringpenurunan negaraserantau berikutan sentimen global yang dipengaruhi kebimbangan mengenai keputusan kadar tarif Amerika Syarikat (AS) dan perang dagangan yang semakin meningkat, kata seorang peniaga.
Bagaimanapun, katanya, penurunanselanjutnya dihadkanoleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS dan harga minyak mentah penanda arasyang stabilsementara kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli terus menyokong pasaran.
"Sentimen pasaran juga dipacu oleh harapan yang semakin meningkat terhadap langkah rangsangan dari China," katanya kepada Livevartha.
Sementara itu, peniaga tersebutmelaporkan niaga hadapan getah Jepun pulihdari paras terendah lebih darisetahun pada Selasa, disokongoleh kebimbangan bekalan akibat cuaca hujan di Thailand yang merupakanpengeluar utamasementara pasaran pengguna utama, China dikatakanmula pulih danmeningkatkan sentimen.
Menurutnya, agensi meteorologi Thailand memberi amaran berhubungpotensi kerosakan tanaman dari 12 hingga 13 April 2025dengan kemungkinan berlakunya ribut musim panas.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkanharga Getah MutuMalaysia (GMM) 20 turun sebanyak 22.5 sen kepada 771 sen sekilogrammanakala latekspukal menyusutsebanyak satu sen kepada 662.5 sen sekilogram.
— Livevartha