Home Pasaran Pasaran Getah Malaysia Ditutup Rendah
Pasaran

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Rendah

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Jun(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, menjejaki aliran penurunan niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran terjejas oleh keputusan tarif terkini Amerika Syarikat (AS), ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dan kebimbangan mengenai perdagangan global dan kestabilan ekonomi.

Pada 4.50 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2255/4.2330 berbanding dolar AS daripada 4.2345/2370 pada Rabu.

“Niaga hadapan getah Jepun merosot hari ini, mengakhiri dua sesi kenaikan berikutanyen yang lebih kukuh dan ketidaktentuan mengenaitariff yang menjejaskan pasaran,”katanya.

Bagaimanapun, katanya penurunan seterusnya dikekang oleh kemerosotan pengeluaran getah asli Malaysia, seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Pengeluaran getah asli Malaysia merosot sebanyak 37.3 peratus pada April 2025 kepada 18,008 tan daripada Mac2025 sebanyak 28,739 tan.

“Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli berkurangan sebanyak 15.6 peratus,” katanya.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 7.5 sen kepada701.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut lima sen kepada 582.50 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...