Home Pasaran Pasaran Getah Malaysia Dijangka Diniaga Dalam Jajaran Terhad Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Diniaga Dalam Jajaran Terhad Minggu Depan

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Diniaga Dalam Jajaran Terhad Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Livevartha) –Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam julat terhad dengan sedikit kecenderungan untuk meningkat minggu depan, kata pakar industri Denis Low.

Beliau berkata keadaan cuaca luar biasa telah menghalang pengeluaran getah, seterusnya menaikkan harga.

“Kami menjangkakan harga dan permintaan akan terus setara berikutan hasil yang lebih rendah disebabkan cuaca yang tidak menentu di kawasan pengeluar getah.

“Kapasiti penghantaran pula terus terhalang oleh pergolakan yang berterusan di sekitar Laut Merah. Ini telah menjejaskan rantaian bekalan dan harga komoditi mungkin terus tidak menentu,” katanya kepada Livevartha.

PertubuhanPengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata pasaran getah perlu kekal berhati-hati dengan menjangkakan penurunankadar faedah AS pada September dan langkah rangsangan terbaharu China untuk merancakkan lagipemulihan ekonomi.

“Terdapat kemungkinan kebimbangan berterusan terhadap bekalan getah asli yang terhaddalam tempoh terdekat. Ini berikutan ramalan cuaca buruk di negara pengeluar getah asli utama di tengah-tengah peningkatan keyakinanpenurunankadar faedah AS pada September menyokong harga,” katanya.

MARGMA juga berkata harga getah akan terus menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau.

"Kita juga harus memantaudengan telitikonflik geopolitik Timur Tengah dan prestasi ekonomi global," katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lebih Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lebih Rendah Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 10 Mei (Livevartha) –Pasaran niaga...

Ringgit Dijangka Terus Lemah Minggu Depan Dalam Persekitaran Keyakinan Rundingan Dagangan AS-China
Pasaran

Ringgit Dijangka Terus Lemah Minggu Depan Dalam Persekitaran Keyakinan Rundingan Dagangan AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 10 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 10 Mei (Livevartha) — Kontrak...

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Kekal Suram Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Kekal Suram Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 10 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...