Home Pasaran Pasaran Getah KL Ditutup Tinggi Sedikit
Pasaran

Pasaran Getah KL Ditutup Tinggi Sedikit

Pasaran Getah KL Ditutup Tinggi Sedikit

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Livevartha) — Pasaran getahKuala Lumpur ditutup sedikit tinggi pada Jumaat, mengambil petunjuk harga minyak mentah penanda aras yang stabil dan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan getah asli ekoran cuaca lembap di negara pengeluar getah utama, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, harga minyak mentah Brent naik sedikit sebanyak0.12 peratus kepadaUS$77.08.

Bagaimanapun, peningkatan seterusnya dihadkan oleh prestasi bercampur-campur pasaran niaga hadapan getah serantau dan kebimbangan terhadap potensi tarif perdagangan oleh Amerika Syarikat (AS), katanya.

"Sementara itu, niaga hadapan getah Jepun naikpada Jumaat dan dijangka mencatat peningkatan bulanan berikutan cuaca yang semakin buruk di Thailand mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan. Bagaimanapun, kenaikan itu dihadkan oleh pengukuhan yen," katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata hujanbaru-baru ini di Thailand melembapkan pertumbuhan pengeluaran menjelang musim daun pokok getah luruh.

"Musim monsun timur laut yang melanda kawasan Teluk dan Selatan Thailand dijangka semakin kuat yang membawa lebih banyak hujan dan hujan lebat setempat," katanya, merujuk kepada laporan Jabatan Meteorologi Thailand.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat satu sen kepada 884 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut satu sen kepada 677 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...