Home Pasaran Pasaran Getah KL Ditutup Tinggi
Pasaran

Pasaran Getah KL Ditutup Tinggi

Pasaran Getah KL Ditutup Tinggi

–fotoLivevartha

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Feb(Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri, di tengah-tengah isyaratbercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Bagaimanapun, katanya, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh penurunan harga minyak berikutan peningkatan simpanan stok minyak mentah di Amerika Syarikat, selain kebimbangan mengenai tarif yang menjejaskan sentimen.

“Dilaporkan bahawa pengeluaran getah di beberapa kawasan di Asia Tenggara akan menghentikan penuaian menjelang peralihan musim sejuk bermula Februari hingga Mei 2025,” katanya kepada Livevartha.

Katanya, niaga hadapan getah Jepun mencatatkan penurunan hari ini, berikutan permintaan terhadap kenderaan yang lemah di China.

Pada 4.55 petang, harga minyak mentah Brent menyusut 0.81 peratus kepadaUS$76.28 setong.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan pada 3 petang, hargaStandard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) melonjak 14.5 sen kepada897.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal menaik satu sen kepada688.5 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...