Home Pasaran Pasaran Getah KL Ditutup Rendah
Pasaran

Pasaran Getah KL Ditutup Rendah

Pasaran Getah KL Ditutup Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah hari ini berikutan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata peserta pasaran berhati-hati mengenai tarif perdagangan tambahan Amerika Syarikat (AS) pada 2025 dan data ekonomi AS yang kukuh,menyokong keputusan mengurangkan penurunan kadar faedah AS.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh kenaikan harga minyak selain ringgit yang rendah berbanding dolar AS dalam persekitaran data ekonomi China yang menggalakkan,” katanya kepada Livevartha.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan Standard Malaysian Rubber 20 merosot 9.5sen sekilogram kepada 884.50 sen sekilogram daripada 894.00 sen sekilogram semalam.

Lateks pukal berkurangan 1.0 sen sekilogram kepada 670.50sen sekilogram daripada 671.50 sen sekilogram sebelum ini.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...