Home Pasaran Pasaran Getah Kekal Tidak Menentu Minggu Depan Berikutan Kebimbangan Bekalan
Pasaran

Pasaran Getah Kekal Tidak Menentu Minggu Depan Berikutan Kebimbangan Bekalan

Pasaran Getah Kekal Tidak Menentu Minggu Depan Berikutan Kebimbangan Bekalan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 1 Mac(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia dijangka kekal tidak menentu minggu depan selepas menerima penunjuk bercampur-campur dari pasaran serantau dan kebimbangan terhadap kekangan bekalan, menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan GetahMalaysia.

Harga getah mungkin akan terjejas dengan bekalan getah asli yang agak terhad disebabkan musim dingin dan hujan, selain usaha pemainpasaran yang sedang menjejaki pergerakan niaga hadapan getah serantau serta pertukaran asing.

“Terdapat banyak kebimbangan yang berkaitan dengan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan hubungan perdagangan AS-China, ditambah pula dengan rundingan damai Rusia-Ukraine, yang boleh menyebabkan ketidakstabilan di pasaran niaga hadapan getah serantau serta harga minyak mentah,”kata persatuan itu kepada Livevartha.

Sementara itu, pakar industri Denis Low meramalkan pasaran getah akan diniagakan lebih tinggi minggu depan susulan aktiviti pengumpulan inventori di tengah-tengah keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Perubahan iklim dan turun naik suhuakan menganggu pengeluaran getah sehingga menyebabkan harga naik. Satu lagi faktor penyumbang kepada pengeluaran yang lebih perlahan ialah kedatangan bulan Ramadan, yang mana aktiviti menoreh mungkin berkurangan.

“Oleh itu, kami menjangkakan aktiviti stok yang lebih tinggi sebelum bekalan mula terjejas,”katanya.

Dari Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk SMR 20jatuh 6.5 sen kepada 914.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal menambah 16.5 sen kepada 712.5 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...