Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Bekalan Getah Asli Terhad
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Bekalan Getah Asli Terhad

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Bekalan Getah Asli Terhad

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Okt(Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnindisokong oleh kebimbangan bekalan getah asliyang terhad disebabkan ramalan cuaca buruk di negara pengeluar utama, kata seorang peniaga.

Menurut agensi meteorologi Thailand, hujan lebat mungkin menyebabkan banjir kilat dari 27 Okt hingga 2 Nov,2024.

Peniaga itu berkata sentimen juga dipacu oleh pembelian berterusan, disokong oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh prestasi lemah pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan petunjukbercampur-campur mengenai ekonomi China dan berlaku penurunandalam harga minyak mentah,” katanya kepada Livevartha.

Dilaporkan hasil fiskal China dalam tempoh sembilan bulan pertama 2024 susut2.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lepasmanakala harga minyak merudumlebih US$3 setong padaIsnin selepas serangan balas Israel ke atas Iran pada hujung minggu lepas, tidak mengganggu kemudahan minyak dan nuklear Tehran sertatidak mengganggu bekalan tenaga.

Pada masa ini, penanda aras minyak mentah Brent berkurang5.42 peratus kepada US$71.94 setong.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (GMM 20) meningkat sebanyak lapan sen kepada 863.0sen sekilogram manakala lateks pukal berkembang kepada duasen kepada748.5sen sekilogram.

Pada 5 petang, GMM 20 berada pada869.0sen sekilogram manakala lateks pukal berada pada748.5sen sekilogram.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...