Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Mengukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Mengukuh

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Mengukuh

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Okt(Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Khamisdisokong oleh kenaikan penanda aras harga minyak mentah selainringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap bekalan getah asliyang terhadakibat cuaca buruk di negara pengeluar.

“Namun begitu, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh prestasi bercampur-campur dalam pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah konflik geopolitik yang berterusan di Timur Tengah dan apabila peniaga memberi reaksikepada kenyataan terbaharu Kesatuan Eropah (EU) untuk melaksanakan Peraturan Penyahhutanan EU (EUDR),” katanya kepada Livevartha.

Peniaga itu berkata harga minyak naik lebih tinggi hari ini daripada paras terendah selama dua minggu, dengan pelabur melihat perkembangan di Timur Tengah selainpelanrangsangan China sementara menunggu pengeluaran data inventori minyak rasmi AS.

Pada 5 petang, harga minyak mentah Brent meningkat sebanyak0.46 peratus kepada US$74.50 setong.

“Niaga hadapan getah Jepun meningkat sedikit padaKhamis, didorong oleh yen yang lebih lemah dan harga minyak mentah yang lebih tinggi, walaupun harga getah sintetik yang lebih rendahmengehadkan kenaikan,” katanya.

Beliau berkata duta EU bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang penyahhutananpenting blok itu selama setahun hingga akhir Disember tahun depan.

"Suruhanjaya Eropah mencadangkan penangguhan bulan ini, selepas mendapat tekanan hebat daripada beberapa negara anggota dan pengeksport produk pertanian utamaseperti Brazil dan Malaysia," katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha) —...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha)–Ringgit ditutup rendah berbanding...

Cuti Tahun Baru Cina Jejaskan Niaga Hadapan Emas
Pasaran

Cuti Tahun Baru Cina Jejaskan Niaga Hadapan Emas

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan...