Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Niaga Hadapan Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Niaga Hadapan Serantau

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Niaga Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran menaikuntuk ditutup tinggi hari ini, didorong oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang meningkat dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga.

Beliau berkatasentimen pasaran turut dipengaruhi oleh kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli globaldan keputusan China untuk mengekalkan kadar pinjaman yang menjadi penanda arasnya tidak berubah.

Agensi MeteorologiThailand turut mengeluarkan amaran hujan lebat dan kemungkinan berlakunya banjir kilatbermula19 Nov hingga 25 Nov, 2024.

“Bagaimanapun, kenaikan berterusan dihadkan oleh petunjuk bercampur-campur daripada harga minyak mentah dan konflik berterusan antara Rusia-Ukraine, yang mempengaruhi sentimen pasaran,” katanya kepada Livevartha.

Katanyaniaga hadapan getah Jepun meningkat hari ini, dipacu oleh yen yang lemah dan sentimen pelabur yang positif di China, pengguna getah utama dunia.

Mengikut Lembaga Getah Malaysia (LGM), hargaStandard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) melonjak 27.0 sen kepada871 sen sekilogrammanakala lateks pukal meningkat tiga sen kepada682.5sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 kekal pada864.5 sen sekilogram dan lateks pukal pada681 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...