Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Tinggi Sedikit
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Sedikit

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Sedikit

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 18 Feb(Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi sedikit pada Selasa, dipacu oleh kebimbangan terhadap bekalan getah asli yang terhad berikutan musim daun getah luruh yang berterusan serta cuaca yang lembap di negara-negara pengeluar utama, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga disokong kenaikan harga minyak mentah penanda aras dan ringgit yang menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dalam persekitaran keyakinan terhadap langkah rangsangan tambahan olehChina.

Pada 5 petang, harga minyak mentah Brent naik0.43 peratus kepadaUS$75.54 setong.

"Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dihadkan oleh ketidakpastian tarif perdagangan AS dan penurunan kadar faedah," katanya kepada Livevartha.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan setakat 3 petang, SMR 20 meningkat setengah sen kepada 915.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik dua sen kepada 687.5 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...