Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini seiring dengan prestasi positif pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata pasaran niaga hadapan getah Jepun meningkat hari ini dan dijangka dapat merekodkan kenaikan bagi minggu keempat berturut-turut.

Menurutnya sentimen pasaran turut disokong oleh pemulihan harga minyak mentah.

“Harga minyak kekal stabil pada Jumaat memandangkan pasaran membuat penilaian terhadapancaman tarif baharu oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di samping kekal berhati-hati terhadap unjuran bekalan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+),” katanya.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent menokok 0.29 peratus kepada US$68.84 setong.

Peniaga berkata data ekonomi AS yang lebih kukuh turut menyokong sentimen pasaran.

“Tuntutan pengangguran mingguan di AS menurun kepada paras terendah dalam tempoh tujuh minggu, sesuatu yang tidak dijangkakan, yangmenunjukkan majikan masih mengekalkan pekerja walaupun terdapat isyarat mengenai pasaran buruh yang perlahan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata peningkatan selanjutnya dikekang oleh tindakan pelabur yang menilai pengumuman mengenai tarif perdagangan oleh Trump dan bersiap sedia untuk langkah seterusnya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...

Prestasi Bursa Malaysia Sederhana Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Sederhana Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha)– Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan...