Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Tinggi Didorong Oleh Kenaikan Dalam Niaga Hadapan Getah Shanghai
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Didorong Oleh Kenaikan Dalam Niaga Hadapan Getah Shanghai

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Didorong Oleh Kenaikan Dalam Niaga Hadapan Getah Shanghai

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 2 Dis(Livevartha) –Pasaran getah Kuala Lumpur ditutuplebih tinggi hari ini, didorong oleh kenaikan mendadak dalam niaga hadapan getah Shanghai selain disokong oleh data ekonomi China yang positif, kata seorang peniaga.

Beliau berkata harga juga disokong oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)sertakebimbangan terhadap bekalan getah asli yang terhadakibat hujan lebat di negara pengeluar utama.

“Kenaikan selanjutnya dihadkan oleh harga minyak mentah bercampur-campur dan pasaran niaga hadapan getah serantau.

"Peniaga juga berhati-hati dalam mengawasi ketegangan perdagangan yang semakin meningkat disebabkan oleh dasar tarif baharu AS,” kata peniaga itu kepada Livevartha.

Sementara itu, selatan Thailand terus mengalami hujan lebatdengan Jabatan Meteorologi negara itu memberi amaran hujan lebat akan berterusan di lapan wilayah, memburukkan lagi keadaan banjir yang sudah kritikal selepas seminggu hujan tanpa henti di sana.

“Beberapa negeri pengeluar getah di Malaysia turut dilanda banjir akibat hujan berterusan,” katanya sambil menambah Indeks Pengurus Pembelian(PMI) pembuatan rasmi China meningkat kepada 50.3 pada November, berbanding 50.1 dalam bacaan sebelumnya.

Peniaga itu juga berkata cadangan perubahan dasar pentadbiran Donald Trump, yang dirujuk sebagai Trumponomics 2.0dijangka memberi manfaat yang ketara kepada ekonomi ASsambil mewujudkan cabaran untuk ekonomi global yang lain, menurut Bank of America (BofA).

“Pakej dasar iniyang menekankan perdagangan, imigresen, inisiatif fiskal dan pelonggaran peraturan, diramalkanmeningkatkan pertumbuhan ekonomi AS, inflasi dan kadar faedah yang melebihi jangkaan konsensus semasa.

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...