Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Rendah, Jejaki Pasaran Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Rendah, Jejaki Pasaran Serantau

Pasaran Getah Ditutup Rendah, Jejaki Pasaran Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Livevartha) — Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin, menjejaki trend dalam pasaran niaga hadapan getah serantau disebabkan peniaga dipengaruhi oleh data ekonomi China yang lemah, kata seorang peniaga.

Beliau berkata penurunan itu juga berikutan penurunan harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US.

Pada pukul 4.35 petang, ringgit meningkat4.3720/3770 berbanding dolar US daripada4.3750/3800 ketika ditutup pada Jumaat.

“Bagaimanapun, kerugian selanjutnya dihadkan dengan prestasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menggalakkan dan peniaga kekal berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang lewat minggu ini,” katanya kepada Livevartha.

Peniaga itu juga berkata dagangan dalam pasaran getah lengang kerana ketiadaan peserta pasaran kerana ramai bercuti sempena Tahun Baharu Cina.

Pada 3 petang, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut lapan sen kepada 883 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot tiga sen kepada 678 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup untuk cuti umum Tahun Baharu dari 28 hingga 30 Januari dan beroperasi semula pada 31 Januari, 2025.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu denganbercampur-campur walaupun...

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Sentimen Berhati-hati, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Sentimen Berhati-hati, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan dalam...

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Kebanyakannya Pada Awal Dagangan
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Kebanyakannya Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia...