Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Rendah Dipengaruhi Penurunan Pasaran Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Rendah Dipengaruhi Penurunan Pasaran Serantau

Pasaran Getah Ditutup Rendah Dipengaruhi Penurunan Pasaran Serantau

–Arkib fotoLivevartha

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, berikutan aliran menurun di pasaran hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS,kata seorang peniaga.

Beliau berkata, tindak balas negatif pasaran juga didorong amaran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berhubung peningkatan risiko ke atas ekonomi Asia, data Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan konflik berterusan di Asia Barat.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dihadkanoleh kenaikan harga minyak mentah dan gangguan bekalan berikutan cuaca buruk di Thailand,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata, IMF memberi amaranpeningkatan risiko ke atas ekonomi Asia, susulan ketegangan perdaganganyang semakin memuncak, masalah hartanah di China dan potensi berlakunya pergolakan pasaran.

“Aktiviti pembuatandi AS dilaporkan merosot ke paras terendah dalamtempoh 15 bulan pada Oktober dan kilang berdepan kenaikan harga input,” katanya.

MenurutInstitute for Supply Management (ISM), Indeks Pengurus Pembelian (PMI) AS menyusut kepada 46.5 pada bulan lalu, iaitu paras terendah sejak Julai 2023 berbanding 47.2 pada September.

Peniaga itu berkataharga minyak dilaporkan melonjak hari ini, selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+), menangguhkan rancangan untuk meningkatkan pengeluaran pada Disembersekurang-kurangnya selama sebulan berikutantekanan harga akibat daripada permintaan yang lemah.

“OPEC dan sekutunyatermasuk Russiaberkata pada Ahadmereka akan menangguhkan rancangan meningkatkan pengeluaran sebanyak 180,000 tong sehari sekurang-kurangnya selama sebulan,” katanya lagi.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...