Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Rendah Dipengaruhi Penurunan Di Pasaran Niaga Hadapan Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Rendah Dipengaruhi Penurunan Di Pasaran Niaga Hadapan Serantau

Pasaran Getah Ditutup Rendah Dipengaruhi Penurunan Di Pasaran Niaga Hadapan Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Livevartha) — Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Selasa, menjejaki momentum penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau apabila sentimen global dipengaruhi kebimbangan berkaitan kelembapan ekonomi dunia dan peningkatan perang perdagangan, kata peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun mencecah paras terendah dalam tempoh tujuh bulan pada Selasa berikutan kekukuhan yen, manakala tekanan deflasi yang meningkat telah menambah kebimbangan mengenai pemulihan ekonomi di negara pengguna utama, China.

Bagaimanapun, penurunan seterusnya di pasaran tempatan dihadkan oleh penyusutan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kestabilan penanda aras harga minyak mentah memandangkan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli terus menyokong pasaran, katanya kepada Livevartha.

Sentimen pasaran juga disokong oleh peningkatan harapan terhadap langkah rangsangan China ketika peniaga menunggu data ekonomi AS untuk petunjuk selanjutnya mengenai ekonomi negara itu.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 turun 1.0 sen kepada 883.00 sen sekilogram setakat pukul 3 petang, manakala susu getah pukal susut 1.5 sen kepada 702.00 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) –Kontrak...

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Mac (Livevartha) — Indeks utama...