Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur Susulan Harga Minyak Mentah Stabil
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur Susulan Harga Minyak Mentah Stabil

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur Susulan Harga Minyak Mentah Stabil

–fotoLivevartha

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong olehpenanda aras harga minyak mentah yang stabil sertapeningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh data ekonomi China yang positif, susulan unjuran pertumbuhan yang optimisdaripada TabungKewangan Antarabangsa (IMF) untuk ekonomi ASEAN.

"Namun begitu, kenaikan selanjutnya terbatas berikutankebimbangan terhadapPilihan Raya Amerika Syarikat (AS) sertaketegangan perdagangan antara China dan Kesatuan Eropah (EU) ditambah dengan konflik geopolitik Timur Tengah yang berterusan," katanya kepada Livevartha.

Peniaga itu berkata harga minyak stabil hari ini selepas meningkat dengan mendadak dalam sesi-sesi sebelum inidengan para peniaga mencari lebih banyak petunjuk daripada Pilihan Raya Presiden AS dan mesyuarat politik utama di China.

Pada 5 petang, harga minyak mentah Brent meningkat sebanyak0.24peratuskepadaUS$75.11 setiap tong.

Beliau berkata sektor perkhidmatan China berkembang melebihi jangkaan pada Oktober berdasarkandata indeks pengurus pembelian sektor swasta yang dikeluarkan pada Selasa, apabila aktiviti perniagaan meningkat susulan beberapa langkah rangsangan baharu dari Beijing.

Sementara itu, menurut beliau,unjuranpertumbuhan IMFuntuk ASEAN adalah kukuh pada 4.6 peratus tahun ini dan 4.7 peratus pada 2025yang sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.

"Dilaporkan China mendesak Perancis untuk menggesa Suruhanjaya Eropah ke arah penyelesaian yang boleh diterima oleh industri kenderaan elektrik Eropah dan China.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...