Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Sejajar Dengan Niaga Hadapan Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Sejajar Dengan Niaga Hadapan Serantau

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Sejajar Dengan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Nov(Livevartha) –Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, sejajar dengan sentimen yang lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh jangkaan terhadap langkah-langkah rangsangan China yang seterusnyadan pemotongan kadar faedah tambahan di Amerika Syarikat (AS) ketika peniaga menunggu petunjuk lanjut mengenai dasar monetari AS.

“Bagaimanapun, kejatuhan selanjutnya dihadkan oleh ringgit (lebih rendah) berbanding dolar AS dan kebimbangan terhadap bekalan getah asli global yang terhad,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata dilaporkan Bank Rakyat China dijangka membuat keputusan mengenai kadar utama pinjamannya minggu depan kerana Beijing mungkin akan mendedahkan lebih banyak langkah rangsangan di dua mesyuarat utama padaDisember.

Peniaga itu memetik Biro Statistik Buruh Jabatan Buruh AS yang mengumumkan indeks harga pengguna (IHP) meningkat 0.2 peratus padaOktober untuk bulan keempat berturut-turut dan meningkat 2.6 peratus pada asas tahunan, memastikan Rizab Persekutuan AS berada di landasan yang betul bagi mengurangkan kadarnya padamesyuarat seterusnya Disember.

Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM20) susut 5.0 sen kepada 849.50 sen sekilogram, manakala harga susu getah pukal meningkat3.0 sen kepada 673.00 sekilogram.

Pada 5 petang, GMM20 berada pada 845.50 sen sekilogram, manakala susu getah pukal pada 677.00 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...