Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Berikutan Jangkaan Langkah Rangsangan China
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Berikutan Jangkaan Langkah Rangsangan China

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Berikutan Jangkaan Langkah Rangsangan China

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Livevartha) — Pasaran getah Malaysia mencatatkan prestasi bercampur-campur pada Rabu seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Bercakap kepada Livevartha katanya sentimen pasaran dipengaruhi oleh jangkaan bahawa lebih banyak langkah rangsangan dari China, kenaikan harga minyak mentah dan kelemahan ringgit berbanding dolar AS.

Pasaran niaga hadapan getah Jepun mencatatkan pemulihan berikutan kebimbangan mengenai bekalan daripada pengeluar utama Thailand manakala peningkatan jualan kereta mendorong sentimen terhadap bahan pembuatan tayar berkenaan.

“Peningkatan seterusnya dikekang oleh kebimbangan yang meningkat mengenai perang perdagangan global berikutan keputusan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan memandangkan peniaga menunggu pengumuman data ekonomi AS yang akan mempengaruhi keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS pada masa akan datang,” katanya.

Menurut analisis, beliau berkata jangkaan kemelesetan ekonomi AS pada 2025 meningkat kepada 35 peratus berbanding 15 peratus pada Disember berikutan kesan ekonomi daripada tarif baharu yang dikenakan.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 naik 0.5 sen sen kepada 883.50 sen sekilogram setakat 3 petang manakala susu getah pukal susut 3.00 sen kepada 699.00 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...