Home Pasaran PASARAN GETAH DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR
Pasaran

PASARAN GETAH DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR

PASARAN GETAH DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR

By Fatin Umairah Abdul Hamid

 

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Livevartha) — Pasaran getah ditutup bercampur-campur pada Selasa, berikutan sentimen pasaran terjejas oleh harga minyak mentah yang merosot tetapi disokong oleh pengumuman positif daripada China untuk memacu pertumbuhan ekonomi, kata peniaga.

\”Penurunan seterusnya turut dihadkan oleh prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur, kebimbangan mengenai bekalan getah asli yang terhad akibat cuaca buruk di Thailand dan Malaysia serta keyakinan yang meningkat terhadap penurunan kadar faedah AS,\” katanya kepada Livevartha.

Pada masa ini, harga minyak mentah Brent merosot 0.85 peratus kepada US$73.28 setong.

Pemimpin tertinggi China dilaporkan bersetuju untuk menaikkan defisit belanjawan negara kepada empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025, selaras dengan pelan untuk dasar fiskal yang lebih proaktif bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, katanya.

Menurut Lembaga Getah Malaysia, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut setengah sen kepada 895.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat tiga sen kepada 711.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 mencatatkan 894.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 714.0 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...