Home Pasaran PASARAN GETAH DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR
Pasaran

PASARAN GETAH DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR

PASARAN GETAH DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Katanya niaga hadapan getah Jepun merosot untuk sesi kedua berturut-turut pada Jumaat, terjejas berikutan kebimbangan mengenai permintaan bermusim yang rendah.

\”Musim sejuk secara tradisinya adalah di luar musim permintaan bagi industri tayar kenderaan dan keseluruhan kadar operasi bagi pengeluar tayar getah pada Disember dijangka menurun,\” katanya kepada Livevartha.

Namun, peniaga berkata penurunan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pada 5 petang, ringgit menyusut kepada 4.4520/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4350/4395 semalam.

Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM) harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 14.5 sen kepada 889.00 sekilogram manakala lateks pukal menaik 3.0 sen kepada  706.50 sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 898.50 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 712.50 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...