Home Pasaran Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Julat Terhad Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Julat Terhad Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Julat Terhad Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Livevartha) — Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam julat terhad dengan kecenderungan meningkat, berikutan kebimbangan berterusan perubahan iklim yang lebih ekstrem disebabkan keadaan cuaca yang tidak boleh dijangkakan, kata pakar industriDenis Low.

Beliau berkata hujan yang berterusan di rantau pengeluar getah menghalang aktiviti menoreh getah dan mengurangkan hasil lateks.

"Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) menyemak semula unjuran pengurangan getah asli (NR) tahun ini dan memberi amaran kekurangan pengeluaran mungkin berterusan sehingga 2028.

"Unjuranbekalan getah asli itu diturunkan disebabkan keadaan iklim yang tidak memberangsangkanapabila fasa El Nino beralih ke La Nina, di samping penyakit luruhan daun yang berleluasa memberi kesan negatif kepada kedua-dua hasil dan kualiti getah getah," katanya kepada Livevartha.

Menurut Denis permintaan getah asli dilihat meningkat, menyebabkan harga getah global melonjak dengan mendadak bagi tempoh lapan bulan tahun ini.

Ekonomi juga bergelut dengan kadar penghantaran yang mahal dan dolar Amerika Syarikat (AS) yang tidak menentu, menandakan ketidaktentuan dan mungkin mencetuskan kebimbangan pada masa yang sama.

"Situasi geopolitik semasa juga mendorong harga komoditi tertentu di luar jangkaan manakala harga yang lain menurun," katanya.

Bagaimanapun, seorang peniaga berkata harga getah asli akan terus menjejaki prestasi pasaran hadapan getah serantau, kekuatan ringgit berbanding dolar AS ditambah dengan harga minyak mentah penanda aras dan bekalan getah asli yang terhad.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal
Pasaran

Indeks Dolar AS Susut, Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 12 Mac (Livevartha) — Ringgit meneruskan...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha)–Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya padaRabu,...

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) — Bursa Malaysia...