Home Pasaran Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Dengan Kecenderungan Penurunan Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Dengan Kecenderungan Penurunan Minggu Depan

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Dengan Kecenderungan Penurunan Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Livevartha) — Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan penurunan minggu depan berikutan permintaan dilihat lembap pada musim cuti, kata pakar industri Denis Low.

Beliau berkata hujan berterusan di negara pengeluar getah menjejaskan pengeluaran getah dan mengganggu aktiviti menoreh getah.

Bercakap kepada Livevartha, Low berkata pengeluaran getah di Thailand pada Disember telah berkurangan hampir 30 peratus disebabkan banjir dan hujan lebat.

“Dengan kekurangan bekalan, pasaran getah secara tidak langsung telah mencapai keseimbangan dengan kekurangan permintaan,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga berkata harga getah tempatan akan terus menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, prestasi ringgit berbanding dolar AS dan penanda aras harga minyak mentah dalam kebimbangan berterusan mengenai kekurangan stok getah asli global disebabkan cuaca hujan di negara-negara pengeluar utama getah asli.

“Pengendali pasaran juga sedang memantau petunjuk seterusnya mengenai rangsangan China serta perkembangan terkini berkaitan ketegangan geopolitik global dan petunjuk ekonomi,” katanya.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 6.5sen kepada 869sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot 22sen kepada 699.5sen sekilogram.

Pada 5 petang semalam, harga SMR 20 berada pada 876.5sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 696.0sen sekilogram.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...