Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 31 Mei(Livevartha) — Pasaran getah tempatan dijangka kekaldalam aliran menurun minggu depan memandangkan perniagaan masih berhati-hati denganprospek pasaran global, kataPersatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
Persatuan itu berkata harga dijangkaterjejas oleh kekurangan bekalan disebabkankeadaan cuaca, kekukuhanringgit, pergerakan harga minyak mentah dan ketidakpastian berhubung perdagangan Amerika Syarikat-China serta dasar ekonomi China.
"Ini dijangka menyebabkanpasaran getah menjaditidak menentu pada minggu akan datang," kata MARGMA kepada Livevartha.
Pakar industri Denis Low juga berpandangan yang samadengan menyatakan bahawa gangguan bekalan akibatcuaca tidak menentu boleh menambahkan lagi ketidaktentuan pasaran.
Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendahterjejas oleh penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah yang lebih rendah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS.
Pada asas minggu ke minggu, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) turun sebanyak 42 sen kepada 698.5 sen sekilogram (kg), manakala susu getah pukal susut sebanyak 6.5 sen kepada 620.5 sen sekilogram.
Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup pada 2 Jun 2025 (Isnin) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim dan akan operasi akan disambungsemula padaSelasa.
— Livevartha