Home Pasaran Pasaran Getah Dijangka Alami Kenaikan Sederhana Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Alami Kenaikan Sederhana Minggu Depan

Pasaran Getah Dijangka Alami Kenaikan Sederhana Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Jan(Livevartha) –Harga dan permintaan pasaran getah dijangka kekal tidak stabildengan sedikit alirankenaikan yang diramalkan minggu hadapan, didorong oleh cuaca yang tidak menentu di selatan Thailand, menurut pakar industriDenis Low.

Low berkataJabatan Meteorologi Thailand (TMD) meramalkan gelombang sejuk baharudisertai dengan angin kencangsementara monsun timur laut terus membawa hujan lebat ke wilayah selatan negara itu.

"Hujan lebat yang berterusan di kawasan pengeluaran getah semakin menyukarkan pengeluaran dan mendorong harga lebih tinggi.

"Oleh itu, mungkin berlaku kekurangan bekalan dalam beberapa minggu akan datang," katanya kepada Livevartha.

Beliau juga menekankan pelantikan Presiden AS yang baharu, Donald Trumpbaru-baru inimenyebabkan kenaikan mendadak dalam harga minyakyang mungkin memberi kesan berantai kepada komoditi lain, bergantung kepada dasar-dasar yang diperkenalkannya.

Sementara itu, PersatuanPengeluarSarung Tangan Getah Malaysia (Margma) berkata pasaran getah dijangka mengalami aktiviti dagangan yang lebih perlahan minggu hadapan disebabkan oleh cuti Tahun Baharu Cina.

Persatuan itu berkata pasaran mengekalkan alirankenaikan minggu ini walaupun terdapat isyarat bercampur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.

"Pergerakan kenaikan ini disokong terutamanya oleh kebimbangan berterusan mengenai bekalan yang terhad.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...