Home Pasaran NTIS Peruntuk RM80.84 Juta Galak Penyelesaian Inovatif
Pasaran

NTIS Peruntuk RM80.84 Juta Galak Penyelesaian Inovatif

NTIS Peruntuk RM80.84 Juta Galak Penyelesaian Inovatif

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal (tiga, kiri) menyaksikan pertukaran dokumen antara National Technology Innovation Sandbox (NTIS) yang diwakili Pengerusi Malaysian Reserarch Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), Prof Dr Rofina Yasmin Othman (dua, kiri) dengan SP Setia yang diwakili Ketua Pegawai Operasi SP Setia, Datuk Zaini Yusoff (dua, kanan) pada majlis pelancaran National Technology Innovation Sandbox (NTIS) 3 Years Celebration and Property Technology Sandbox Launch di Setia City Convention Centre (SCCC), hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Aminuddin Hassim (tiga, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Reserarch Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), Datuk Wira Rais Hussin Mohamed Ariff (kiri).

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

SHAH ALAM, 24 Okt (Livevartha) — Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional(NTIS) memperuntukkan RM80.84 juta bagi membiayai 100 projek dalam usaha merangsang pembangunan penyelesaianinovatif dari Julai 2020 hingga Disember 2023.

Timbalan Menteri Sains, Teknologidan Inovasi (MOSTI) Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata melalui NTISkementerian telah menubuhkan "regulatory sandboxes" yang memberikan peluang kepada inovator untuk menguji dan membangunkan penyelesaian dalam situasi sebenar sambil memastikan aspekkeselamatan dan keberkesanan dipelihara.

Beliau berkatasempena ulang tahun ketiga NTIS sebanyak49 syarikat berjaya menyiapkan projek mereka dengan 28 permohonan mencapai peringkat komersialisasi,menjana jumlah jualan RM87.28 juta.

“Selain itu, empat syarikat berjaya menembusi pasaran eksport dengan nilai berjumlah kira-kira RM957,000.

“Inovator daripada pelbagai sektor tidakhanya berhasil mengkomersialkan penyelesaian yang canggih tetapi juga memberikan impak besar dalam bidang seperti bandar pintar, pengangkutan, penjagaan kesihatandan pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis sambutan ulang tahun ketiga NTIS dan pelancaran "Property Technology (PropTech) Sandbox" di sini hari ini.

Sejak 15 Julai 2020, NTIS yang diterajui MOSTI telah menyediakan peluang kepada para penyelidik, inovator, syarikat pemuladan usahawan teknologi tinggi untuk menguji produk, perkhidmatan, model perniagaan sertamekanisme penyampaian dalam persekitaran sebenar.

NTIS juga berperanan sebagai platform memudahkan isu berkaitanperaturan yang dihadapi oleh penyelidik dan usahawan selainmembantu mengurangkan halangan kemasukan ke pasaran melalui proses tertentu.

Sementara itu, Mohammad Yusof berkata pelancaran kerjasama NTIS dengan SP Setia hari ini telah memperluas sempadan inovasi dalam sektor teknologi hartanah, khususnyauntuk bidang teras SP Setia.

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...