Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Teruskan Kenaikan Bagi Lima Hari Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Teruskan Kenaikan Bagi Lima Hari Berturut-turut

Niaga Hadapan MSM Teruskan Kenaikan  Bagi Lima Hari Berturut-turut

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 12 FeB(Livevartha) –Kontrak niaga hadapanminyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikannya bagilima hari berturut-turut didorong oleh paras stokyang rendah di negara ini, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran turut mendapat rangsangan daripadaprestasi kukuh minyak kacang soya di Chicago Board of Trade.

“Kami menjangka parassokongan padaRM4,600 setan metrik dan paras rintangan padaRM4,750 setan metrik,” katanya kepadaLivevartha.

Sementara itu, cabang penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd, MIDF Researchberkata harga MSM dijangka kekal stabil tahun ini, antara paras RM4,000dan RM5,000 setan metrik.

Bagi bulan Februari, kestabilan harga akan disokong oleh aktiviti penyimpanan semula stok menjelang bulan Ramadan, ditambah dengan pengeluaran minyak sawit yang lebih perlahan dan paras stok penutup yang lebih rendah.

Pada penutup dagangan, kontrakFebruari2025 melonjak RM47 kepadaRM4,875 setan metrik, Mac2025 naikRM37 kepada RM4,726 setan metrik danApril 2025 menokokRM28 kepadaRM4,621 setan metrik.

Kontrak Mei2025 naikRM24 kepada RM4,529 setan metrik, Jun2025 meningkatRM25 kepadaRM4,433 setan metrik dan Julai2025 menambahRM19 kepadaRM4,350 setan metrik.

Jumlah dagangan menokok kepada119,246lot daripada106,188 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun kepada225,625 kontrak daripada226,292 sebelumnya.

Related Articles

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Kebanyakannya Pada Awal Dagangan
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Kebanyakannya Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Soya

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) — Kontrak...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ekoran Kebimbangan Mengenai Fiskal AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Ekoran Kebimbangan Mengenai Fiskal AS

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa...

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Penurunan Penarafan Kredit AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Penurunan Penarafan Kredit AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 Mei (Livevartha) –Ringgit ditutup...