Sunday , 16 February 2025
Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Terus Naik Susulan Harga Minyak Mentah, Minyak Kacang Soya Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Terus Naik Susulan Harga Minyak Mentah, Minyak Kacang Soya Tinggi

Niaga Hadapan MSM Terus Naik Susulan Harga Minyak Mentah, Minyak Kacang Soya Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, meneruskan peningkatan selama lima hari berturut-turut berikutan harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang lebih kukuh.

“Kami melihat harga (komoditi ini) menerima sokongan baik melebihi RM4,300 satu tan dengan paras rintangan pada RM4,450,” kata peniaga minyak sawit David Ng kepada Livevartha.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani pula berkata sebahagian pemulihan niaga hadapan MSM Bursa Malaysia Derivatives didorong oleh aktiviti belian bagi menampung kekurangan.

“Pada masa sama, ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS), Mexico, Kanada dan China berikutan pengenaan tarif baharu oleh AS terhadap barangan dari negara-negara berkenaan telah menyebabkan harga minyak kacang soya di AS meningkat mendadak,” katanya.

Presiden AS Donald Trump mengenakan tarif sebanyak 25 peratus kepada barangan dari Mexico dan Kanada manakala 10 peratus terhadap barangan dari China.

Sehubungan itu, Kanada mengumumkan akan mengenakan tarif 25 peratus ke atas pelbagai barangan import dari AS, dengan Perdana Menteri Justin Trudeau berkata tindakan berkenaan akan memberi kesan buruk yang ketara kepada AS.

Pada penutupan dagangan, kontrak Februari 2025 meningkat RM75 kepada RM4,627 satu tan, Mac 2025 menambah RM67 kepada RM4,471 dan April 2025 naik RM78 kepada RM4,367.

Kontrak Mei 2025 meningkat RM83 kepada RM4,281 satu tan, Jun 2025 menambah RM78 kepada RM4,218 dan Julai 2025 naik RM77 kepada RM4,178.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Rendah Minggu Hadapan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Rendah Minggu Hadapan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 15 Feb (Livevartha) –Niaga hadapan...

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Dalam Fasa Penstabilan Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Dalam Fasa Penstabilan Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 15 Feb(Livevartha) –Bursa Malaysia dijangka kekal dalam fasa penstabilanminggu depan...

Ringgit Diniagakan Berhati-hati Menjelang Pengumuman Minit Mesyuarat FOMC
Pasaran

Ringgit Diniagakan Berhati-hati Menjelang Pengumuman Minit Mesyuarat FOMC

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 15 Feb (Livevartha) — Ringgit dijangka diniagakan...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 15 Feb(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas...