Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Terus Naik Susulan Harga Minyak Mentah, Minyak Kacang Soya Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Terus Naik Susulan Harga Minyak Mentah, Minyak Kacang Soya Tinggi

Niaga Hadapan MSM Terus Naik Susulan Harga Minyak Mentah, Minyak Kacang Soya Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, meneruskan peningkatan selama lima hari berturut-turut berikutan harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang lebih kukuh.

“Kami melihat harga (komoditi ini) menerima sokongan baik melebihi RM4,300 satu tan dengan paras rintangan pada RM4,450,” kata peniaga minyak sawit David Ng kepada Livevartha.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani pula berkata sebahagian pemulihan niaga hadapan MSM Bursa Malaysia Derivatives didorong oleh aktiviti belian bagi menampung kekurangan.

“Pada masa sama, ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS), Mexico, Kanada dan China berikutan pengenaan tarif baharu oleh AS terhadap barangan dari negara-negara berkenaan telah menyebabkan harga minyak kacang soya di AS meningkat mendadak,” katanya.

Presiden AS Donald Trump mengenakan tarif sebanyak 25 peratus kepada barangan dari Mexico dan Kanada manakala 10 peratus terhadap barangan dari China.

Sehubungan itu, Kanada mengumumkan akan mengenakan tarif 25 peratus ke atas pelbagai barangan import dari AS, dengan Perdana Menteri Justin Trudeau berkata tindakan berkenaan akan memberi kesan buruk yang ketara kepada AS.

Pada penutupan dagangan, kontrak Februari 2025 meningkat RM75 kepada RM4,627 satu tan, Mac 2025 menambah RM67 kepada RM4,471 dan April 2025 naik RM78 kepada RM4,367.

Kontrak Mei 2025 meningkat RM83 kepada RM4,281 satu tan, Jun 2025 menambah RM78 kepada RM4,218 dan Julai 2025 naik RM77 kepada RM4,178.

Related Articles

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu denganbercampur-campur walaupun...

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah, Isu Tarif

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Sentimen Berhati-hati, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Sentimen Berhati-hati, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan dalam...

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Kebanyakannya Pada Awal Dagangan
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Kebanyakannya Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia...