Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Susut Hari Kelima Berturut-turut Berikutan Eksport Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Susut Hari Kelima Berturut-turut Berikutan Eksport Lemah

Niaga Hadapan MSM Susut Hari Kelima Berturut-turut Berikutan Eksport Lemah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penyusutan pada hari kelima berturut-turut berikutan kebimbangan mengenai eksport yang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata penurunan harga minyak kacang soya turut menyumbang kepada tekanan menurun harga MSM.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM4,350 satu tan dan rintangan pada RM4,600 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutupan dagangan, kontrak Januari 2025 meraih sokongan kukuh apabila menokok RM10 untuk ditutup kepada RM4,762 satu tan.

Bagaimanapun, kontrak lain menunjukkan penurunan meluas dengan kontrak Februari 2025 rendah RM65 kepada RM4,571 satu tan, kontrak Mac 2025 turun RM75 kepada RM4,433 satu tan dan kontrak April 2025 susut RM81 kepada RM4,303 satu tan.

Kontrak Mei 2025 menyusut RM72 kepada RM4,207 satu tan manakala Jun 2025 berkurangan RM50 kepada RM4,141 satu tan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 116,508 lot daripada 157,030 lot pada hari sebelumnya manakala kepentingan terbuka susut kepada 244,206 kontrak daripada 251,239.

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan tidak berubah pada RM4,900 satu tan

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Susut Hari Kelima Berturut-turut Berikutan Eksport Lemah
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...