Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Susut Berikutan Permintaan Rendah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Susut Berikutan Permintaan Rendah

Niaga Hadapan MSM Susut Berikutan Permintaan Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, dipengaruhi oleh permintaan domestik yang dijangka perlahan, menurut sumber pasaran.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata, lazimnya permintaan adalah perlahan menjelang akhir tahun berikutan trend bermusim.

“Pengeluaran MSM yang meningkat di Indonesia turut menjejaskan harga di Malaysia.

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,650 dan rintangan pada RM4,900," katanya kepada Livevartha.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta baharu Disember 2024 dan kontrak Disember masing-masing susut RM35 kepada RM4,891 dan RM4,828 satu tan.

Kontrak Februari 2025 menyusut RM43 kepada RM4,772 manakala kontrak Mac 2025 berkurangan RM51 kepada RM4,678 satu tan.

Sementara itu, kontrak April 2025 susut RM48 kepada RM4,581 dan kontrak Mei 2025 rendah RM43 kepada RM4,483.

Jumlah dagangan meningkat kepada 145,908 lot daripada 92,644 pada Rabu manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 244,234 kontrak daripada 244,155 sebelumnya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Ketegangan Perdagangan AS-EU Meningkat
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Ketegangan Perdagangan AS-EU Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS
Pasaran

Sentimen Berhati-hati Dorong Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 14 Mac(Livevartha) — Ringgit dibuka hampir...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal...

Niaga Hadapan MSM Susut Berikutan Permintaan Rendah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Dalam Harga Soya

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 13 Mac(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...