Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Rendah Susulan Program Biobahan Api Indonesia Mulai Januari
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Rendah Susulan Program Biobahan Api Indonesia Mulai Januari

Niaga Hadapan MSM Rendah Susulan Program Biobahan Api Indonesia Mulai Januari

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) diBursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan 2024 dengan lebih rendah pada Selasa.

Perkembangan itu susulan pelaksanaan program biobahan api Indonesia mulai bulan depan selain aliran peningkatan harga komoditi itu baru-baru ini, kata peniaga.

Program biobahan api Indonesia merupakan mandat di seluruh republik itu yang menggabungkan biodiesel berasaskan minyak sawit dengan bahan api diesel bagi mengurangkan import bahan api, meningkatkan permintaan domestik bagi minyak sawit serta mengurangkan pelepasan.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata pelaksanaan program biobahan api Indonesia yang lebih perlahan berpotensi menjejaskan permintaan MSM dan seterusnya memberi tekanan ke atas harga.

“Unjuran eksport yang lebih rendah juga dilihat menekan harga MSM. Kita melihat paras sokongan pada RM4,400 manakala paras rintangan pada RM4,600 satu tan," katanya kepada Livevartha.

Laporan media sebelum ini menyatakan Indonesia merancang untuk memperluas mandat biodieselnya yang dijangka dilaksanakan secara berperingkat.

Sementara itu pada akhir dagangan hari ini, kontrak Januari 2025 diniagakan susut RM64 kepada RM4,861 satu tan;Februari 2025 berkurangan RM97 kepada RM4,617 satu tan manakala Mac 2025 turun sebanyak RM103 kepada RM4,448 satu tan.

Kontrak April 2025 merosot RM87 kepada RM4,305 satu tan;Mei 2025 turunRM65 kepada RM4,205 satu tan dan Jun 2025 berkurangan RM52 kepada RM4,140 satu tan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Rendah Susulan Program Biobahan Api Indonesia Mulai Januari
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...