Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Naik Melebihi RM4,600 Susulan Kebimbangan Pengeluaran Lebih Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Naik Melebihi RM4,600 Susulan Kebimbangan Pengeluaran Lebih Lemah

Niaga Hadapan MSM Naik Melebihi RM4,600 Susulan Kebimbangan Pengeluaran Lebih Lemah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Livevartha) –Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada Jumaat di tengah-tengah sentimen pasaran yang positifdengan harga melepasi RM4,600 setiaptan untuk kontrak penanda aras Mei 2025, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga MSM melonjakkerana pasaran kekal bimbang mengenaipengeluaran dalam beberapa minggu akan datang.

Sementara itu, paras saham rendah di negara ini dijangka menyokong harga dalam tempoh terdekat.

"Kami menjangkakan harga MSM akan mendapat paras sokongan pada RM4,500 setiaptan dan berdepan parasrintangan pada RM4,780 setiaptan," katanya kepada Livevartha.

Sewaktu penutupdagangan,kontrak Mac 2025 naik RM126 kepada RM4,870 setiaptan, April 2025 berkembangRM142 kepada RM4,724 setiaptandan Mei 2025 bertambahRM145 kepada RM4,625 setiaptan.

Sementara itu, kontrak Jun 2025 berkembangRM123 kepada RM4,506, Julai 2025 meningkat RM103 kepada RM4,389dan Ogos 2025 menokokRM87 kepada RM4,309 setiap tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada131,478 lotdaripada 107,247 lotsemalam manakala kepentingan terbukabertambah kepada 242,153 kontrak daripada 239,817 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untukMacSelatan susutRM100 kepadaRM4,900 setiap tan.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Ringgit diunjur...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...