Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Berikutan Unjuran Output Yang Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Berikutan Unjuran Output Yang Lemah

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Berikutan Unjuran Output Yang Lemah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) diBursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada Khamis untuk hari kedua berturut -turut selepasdidorong oleh jangkaan output yang lebih lemah.

Peniaga minyak sawit David Ng menjelaskan pengukuhan harga turut disokong oleh harga minyak kacang soya yang lebih baik semasa waktu perdagangan Asia. “Kami menjangkakan harga (komoditi) untuk meraih sokongan pada paras RM4,350 dan rintangan pada RM4,480,”katanya kepada Livevartha.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group dari Mumbai, Anilkumar Bagani turut melahirkan pandangan yang sama dengan berkata keadaan cuaca buruk di Malaysia dan Indonesia telah menjejaskan pengeluaran serta pengangkutan minyak sawit. Beliau juga menyatakan import minyak sawit India agak rendah dalam tempoh satu dekad pada Januari, meningkatkan jangkaan pembelian yang diperbaharui bagi menokok inventorinya sebelum kedatangan bulan Ramadan.

Pada penutup, kontrak Februari 2025 meningkat sebanyak RM65 kepada RM4,678 satu tan, Mac 2025 naik RM69 kepada RM4,508 dan April 2025 bertambahsebanyak RM69 kepada RM4,403.

Mei 2025 pula menyaksikan kenaikan berjumlah RM64 kepada RM4,314 satu tan, Jun 2025 untung RM57 kepada RM4,237 dan Julai 2025 melonjak RM50 kepada RM4,179.

Jumlah dagangan adalah lebih mantap kepada 80,473 lot berbanding 74,758 lot yang direkodkan semalam, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 223,563 kontrak daripada 221,110 sebelum ini.

Harga MSM fizikal untuk Februari Selatan meningkat sebanyak RM70 kepada RM4,730 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis,...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Berikutan Unjuran Output Yang Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) –Kontrak...

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 19 Mac(Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding...

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Mac (Livevartha) — Indeks utama...