Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Mengenai Pengeluaran
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Mengenai Pengeluaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Mengenai Pengeluaran

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 6 Mac(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis disebabkan kebimbangan mengenai pengeluaran padaminggu-minggu akan datang, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit, David Ng berkata ketegangan perang perdagangan yang berterusan di antara Amerika Syarikat denganChina turut menaikkan sentimen dalam pasaran minyak sawit.

“Kami mengunjurkanharga MSMakan mendapat paras sokongan iaitu pada RM4,400 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,600 setiap tan,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2025 meningkat sebanyak RM75 kepada RM4,744 setiap tan, April 2025 mencatatkan kenaikan RM62 kepada RM4,582 setiap tandan Mei 2025 bertambahRM63 kepada RM4,480 setiap tan.

Sementara itu, kontrak Jun 2025 melonjakRM61 kepada RM4,383, Julai 2025 menokokRM44 kepada RM4,286manakala Ogos 2025 mencatatkan kenaikan RM33 kepada RM4,222 setiap tan.

Jumlah dagangan berkembangkepada 107,247 lot daripada90,251 lot semalammanakala kepentinganterbuka meningkat kepada 239,817 kontrak daripada236,629 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untukMac Selatan bertambahRM40 kepadaRM4,800 setiap tan.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 Jun(Livevartha) — Ringgit diunjur...

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan...

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS
Pasaran

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 13 Jun (Livevartha)...