Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Seiring Harga Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Seiring Harga Minyak Kacang Soya

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Seiring Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 19 Nov(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan kekukuhan harga minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT), kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng bagaimanapun berkata kenaikan seterusnya harga MSM dihadkan oleh permintaan perlahan eksport.

“Kami melihat paras sokongan padaRM4,800 dan paras rintangan padaRM5,000,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta baharu Disember2024 naik RM45kepada RM5,016 setan metrik, bulan berdekatan Januari2025 meningkatRM34 kepadaRM4,961 dan Februari2025 menokokRM25 kepadaRM4,924.

Kontrak Mac2025 menambah RM26 kepadaRM4,837 setan metrik, April 2025 meningkat RM31kepada RM4,734 dan Mei2025 menokokRM41 kepadaRM4,620.

Jumlah dagangan berkurangan kepada96,083lot daripada102,222 pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun kepada252,020 kontrak daripada253,787 sebelumnya.

Harga fizikal MSM bagi Disember Selatan kekal tidak berubah pada RM5,080 setan metrik.

— Livevartha

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Emas Didagangkan Dalam Jajaran Kecil Tetapi Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei (Livevartha) –Niaga hadapan...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Teruskan Momentum Mengukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mei(Livevartha) — Minggu depan...