Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan trend kenaikan selama tiga hari berturut-turut sejak Jumaat hingga Selasa, disokong oleh pengeluaran minyak sawit di kilang-kilang Semenanjung Selatan yang lebih lemah dalam tempoh 1-25 Jan 2025, kata seorang penganalisis.

Memetik data Persatuan Pengilang-Pengilang Kelapa Sawit Semenanjung Selatan (SPPOMA), Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Groupyang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata pengeluaran minyak sawit menurun sebanyak 3.13 peratus dalam tempoh 1-25 Jan, 2025, berbanding -0.98 peratus untuk tempoh 1-20 Jan 2025 dan -10 peratus untuk tempoh Jan 1-15.

“Prestasi eksport minyak sawit Malaysia secara konsisten lemah dan bagi tempoh 1-25 Jan, 2025,eksport minyak sawit Malaysia yang dianggarkan oleh Intertek Testing Services (ITS) pada 934,598 tan, turun sebanyak 18.89 peratus dan oleh AmSpec sebanyak 868,960 tan, turun 24 peratus daripada anggaran eksport masing-masing untuk tempoh1-25 Dis, 2024.

“Jumlah dagangan niaga hadapan MSM lebih perlahan hari ini bersempena cuti di China dan permintaan eksportyang kurang memberangsangkan pada masa ini,” katanya kepada Livevartha.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) baru-baru ini mengunjurkan harga MSM kekal tinggi antara RM4,500 dan RM5,000 setan untuk tiga bulan pertama 2025.

Ia berkata kenaikan itu akan didorong oleh pengeluaran yang lemah mengikut musim, peningkatan mandat biodiesel di Indonesia, dan aktiviti penyimpanan semula yang lebih tinggi menjelang Ramadan.

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2025 meningkat RM26 kepada RM4,535 setan, Mac 2025 naik RM42 kepada RM4,392 setan, dan April 2025 menokok RM61 kepada RM4,279 setan.

Kontrak Mei 2025 bertambah RM73 kepada RM4,190 setan, Jun 2025 melonjak RM81 kepada RM4,135 setan dan Julai 2025 naik RM84 kepada RM4,099 setan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Semula Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula semasa awal...

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain
Pasaran

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Ringgit diniagakan...

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari
Pasaran

Belian Semasa Harga Murah Lonjak Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) — Pembelian...

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...