Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pemulihan Pasaran Minyak Global
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pemulihan Pasaran Minyak Global

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pemulihan Pasaran Minyak Global

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, didorong kenaikan semula harga minyak kacang soya di Bursa Komoditi Dalian dan niaga hadapan minyak biji sesawi Bursa Komoditi Zhengzhou, kata peniaga.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group beribu pejabat di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata laporan mengenai Indonesia menaikkan levi eksport terhadap MSM kepada 10 peratus daripada 7.5 peratus di samping pelaksanaan mandat biodiesel B40 mulai 1 Jan 2025 telah memberikan sokongan kepada sentimen pasaran yang optimis.

"Selain itu, permintaan dari India, China dan Pakistan yang kembali meningkat telah memberikan sokongan. Negara-negara ini agak aktif dalam pembelian minyak sawit minggu lepas selepas pembetulan harga yang besar," katanya kepada Livevartha.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata kebimbangan mengenai pengeluaran MSM yang lebih perlahan telah menyokong komoditi itu diniagakan lebih tinggi berikutan permintaan meningkat.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM4,400 satu tan dan rintangan pada RM4,600 satu tan,” katanya.

Pada penutupan dagangan, kontrak Januari 2025 meningkat RM139 kepada RM4,901 satu tan dan Februari 2025 meningkat RM112 kepada RM4,683 dan Mac 2025 melonjak RM109 kepada RM4,542

Sementara itu, kontrak April 2025 meningkat RM109 kepada RM4,412 satu tan, Mei 2025 naik RM108 kepada RM4,315 dan Jun 2025 menambah RM108 kepada RM4,249.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 48,992 lot daripada 116,508 lot sebelumnya manakala kepentingan terbuka susut kepada 241,663 kontrak daripada 244,206.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pemulihan Pasaran Minyak Global
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...