Oleh K Naveen Prabu and Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup mendatar hari ini di tengah-tengah kebimbangan berterusan terhadap peningkatan tahap pengeluaran dan inventori.
Menurut laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Malaysia mengeluarkan sebanyak 1.77 juta tan MSM pada Mei, meningkat 5.1 peratus daripada 1.69 juta tan pada bulan sebelumnya.
Peniagaminyak sawit, David Ng berkata prestasi eksport yang kukuh baru-baru ini dijangka menyokong harga dalam tempoh terdekat.
“Kami melihat paras sokongan padaRM3,800 setan dan paras rintangan padaRM4,000,” katanya kepada Livevartha.
Ketika ditutup, kontrak semerta bulan Jun dan Julai 2025 masing-masing meningkat RM1 kepadaRM3,847 dan RM3,843 setan, manakala Ogos 2025 kekal tidak berubah padaRM3,839 setan.
Kontrak September 2025 susut RM3 kepadaRM3,836 setan, Oktober 2025 merosot RM4 kepada RM3,836 setan danNovember 2025 turun RM4 kepada RM3,842 setan.
Jumlah dagangan meningkat kepada55,636 lot daripada 54,747 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada242,900 kontrak daripada 180,901 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan meningkat RM10 kepadaRM3,900 setan.