Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Ekoran Kebimbangan Terhadap Output Tinggi
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Ekoran Kebimbangan Terhadap Output Tinggi

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Ekoran Kebimbangan Terhadap Output Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap pengeluaran tinggi dan paras stok yang dijangkakan meningkat dalam beberapa minggu akan datang.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata pasaran dibuka tinggi pada sebelah pagi namun susut dan ditutup rendah pada waktu dagangan petang.

Beliau berkata ini berikutan harga minyak kacang soya yang lebih kukuh semasa waktu dagangan Asia dan harga minyak sawit yang rendah baru-baru ini telahmenarik minat belian pada awal dagangan.

“Kami mendapati harga disokong pada RM3,750 satu tan dan rintangan pada RM3,950 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Pada akhir dagangan, Mei 2025 susut RM94 kepada RM3,795 satu tan, Jun 2025 turun RM53 kepada RM3,802 satu tan, Julai 2025 kurang RM35 kepada RM3,792 satu tan, Ogos 2025 menguncup RM32 kepada RM3,792 satu tan, September 2025 turun RM37 kepada RM3,787 satu tan dan Oktober 2025 susut RM34 kepada RM3,788 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 70,080 lot daripada 53,012 lot semalam, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 233,382 kontrak daripada 233,677 kontrak.

Harga MSM fizikal untuk Mei Selatan susut RM40 kepada RM3,880 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...