Home Pasaran NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH EKORAN HARGA MINYAK KACANG SOYA TURUN
Pasaran

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH EKORAN HARGA MINYAK KACANG SOYA TURUN

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH EKORAN HARGA MINYAK KACANG SOYA TURUN

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin selepas mengambil petunjuk daripada harga minyak soya yang lemah, kata peniaga minyak sawit, David Ng.

Beliau berkata penurunan harga minyak mentah juga memberi tekanan ke atas harga MSM.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM4,700 satu tan manakala rintangan pada RM5,000 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Ketika laporan ini dibuat, harga minyak mentah Brent susut 0.75 peratus kepada US$73.94 setong.

Pada penutupan dagangan, kontrak bagi serahan Januari 2025 turun RM94 kepada RM4,900 satu tan, Februari 2025 berkurang RM81 kepada RM4,825 satu tan dan Mac 2025 menguncup RM58 kepada RM4,758 satu tan.

April 2025 susut RM45 kepada RM4,644 satu tan, Mei 2025 turun RM38 kepada RM4,524 satu tan dan Jun 2025 kurang RM34 kepada RM4,418 satu tan.

Jumlah dagangan merosot kepada 98,575 lot daripada 101,852 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 250,062 kontrak daripada 241,421 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan susut RM100 kepada RM5,100 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...